RESEPI MUDAH BERSAMA ANAK-ANAK

Selain dari suka menulis, saya juga suka berkongsi minat dengan anak-anak saya.

Bila kita melibatkan anak dalam aktiviti seharian, secara tidak langsung ini dapat merapatkan hubungan kita dengan mereka.

Secara tidak langsung juga melalui aktiviti bersama-sama ini dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka. Bila mereka diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan sesuatu bersama ibu bapa, ini dapat memberi mereka semangat dan dorongan untuk mereka melakukan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.

Sempena cuti sekolah yang akan bermula esok saya akan berkongsi dengan anda, pembaca semua beberapa aktiviti yang saya lakukan bersama dengan anak-anak.

Untuk hari ni, sebenarnya aktiviti cuti sekolah bebudak ni dah bermula malam ni. Malam ni saya ajak mereka buat resepi yang mudah dan ringkas. Esok boleh buat makan sarapan pagi. Excited masing-masing bila ibunya berkata macam tu.

Malam ni saya buat cheesekut yang mudah dan ringkas. Sebab bahan pun dah sedia ada di rumah. Jadi jom kita mulakan.

Cheesekut

Bahan yang saya guna senang je
1. 1 paket biskut cream crackers
2. 250 g creamcheese
3. 1/2 tin susu pekat
4. Susu full milk apa-apa jenama pun boleh
5. Serbuk oreo.
(Orang biasa guna nestum, tapi nestum takde kat umah, so saya gunalah serbuk oreo.

Okay, kat bawah ni saya tunjukkan video cara membuatnya. Rasanya dah ramai yang tahu pun buat cheesekut ni, tapi nak tunjuk jugak...hihi

Jom layann........









Saya juga nak kongsikan beberapa resepi yang mudah dan ringkas. Kita boleh sediakan resepi ini dengan cara melibatkan anak kita sekali. Mesti diorang seronok sebab diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan dan bakat memasak mereka.

Jom layan beberapa resepi mudah yang sesuai bersama anak-anak

1. Spageti Carbonara Anis

2. Roti John Homemade


3. Donut Coklat Oreo

Sekilo tepung gandum
Satu paket mauripan
7 sudu besar gula
500 ml air suam
1 sudu besar sortener
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar pelembut roti

Cara-cara membuat
1. Mauripan dibancuh bersama air suam
2. Biarkan ia mengembang selama 30 minit
3. Campurkan tepung bersama bahan lain dalam satu adunan
4. Tambahkan mauripan yang telah kembang sedikit demi sedikit
5. Uli sehingga jadi doh
6. Biarkan lebih kurang sejam



4. Muffin coklat


Saya nak share beberapa resepi yang murid saya buat untuk jualan di kantin sekolah.

Sebab ada yang bertanya macamman resepinya

Jadi saya share la untuk semua

Semua resepi ni memang kelas saya buat untuk jualan. Tapi resepi  letak di kantin sekolah je. Sebab ni saja sebagai memberi kemahiran kepada mereka.

Tapi kalau ada yang nak guna resepi ni untuk jualan boleh je nak kalau nak guna

1. Muffin coklat

Bahan-bahan

Bahan a
3 cawan gula
2 cawan minyak jagung/minyak masak
6 biji telur
Mix kan sekali

Bahan b
3 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk coklat
1sk soda
1 sk baking powder
1 sk garam
Ayak semua bahan

2 sb susu pekat
2 cawan air panas mendidih

Mix bahan a, masukkan susu pekat.
Lepas tu masukkan bahan b
Last sekali masuk air panas

Kukus dalam 15 minit

Biasa adunan macam ni boleh dapat dlm 40-45 biji muffin dlm bekas plastik 4oz

Nanti saya share resepi untuk donat/pizza/roti/pau. Semua guna adunan yang sama







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen