BODY SCRUB

BODY SCRUB

1. Sugar Salt Body scrub - yang mengandungi susu kambing organik, garam himalaya, gula, jojoba oil, lavender buds (memang bunga lavender kering sebenar), pati lavender dan ros.

Kalau mandi dengan scrub ni, memang terasa macam buat spa pengantin. KULIT BADAN HALUS LICIN.

Bayangkanlah mandi dengan susu kan... lembut macam sutera. Garam akan keluarkan semua daki. Bau badan insyaAllah hilang. Yang lagi best sebab semuanya asli tanpa bahan kimia dan memang mandi pati bunga dan bunga terus!

1st layer - garam + eo + mineral color + rose geranium (salt scrub)

2nd layer - fresh organic goat milk + oat

3rd layer - sugar scrub + jojoba oil + eo

- jojoba x clog pores sbb resemble lapisan minyak kulit kita
- jojoba melembapkan kulit
- badan berpeluh yg ada jerawat kat badan sesuai pakai

4th layer - lavender buds (exfoliation)

+bergamote oil - utk hilang bau badan (bau macam citrus)

cara guna : shake to mix all layers. take handful of scrub gosok2 kat badan

kalau pakai seminggu sekali tahan 2 bulan

- sesuai utk menghaluskan kulit, badan berjerawat, kurangkan bau badan







LAVENDER ROSE BODY SCRUB

✅ Untuk melembutkan kulit
✅ kecutkan jerawat di badan
✅ Buang kulit kasar
✅ Hilangkan bau badan

*setelah digunakan beberapa kali

CARA PENGGUNAAN;

1. Gongcangkan scrub supaya semua kandungan bercampur.

2. Bilas badan 1 kali dengan air.

3. Ambil scrub lebih kurang segenggam.

4. Mula sental di badan terutamanya bahagian kulit yang kasar seperti tapak kaki.

*Jangan lembut sangat sental tu. 

5. Dah puas hati sental, boleh bilas.


TAHAN BERAPA LAMA?

Lebih kurang 2 bulan guna 1 minggu 1 kali.

SELAMAT BERSCRUB 😍




EMPAT LAPISAN MANDIAN MEWAH




1. Lavender buds dan kelopak ros. Macam mandi bunga pulak. Ni memang diletak original seketul seketul tau. Kasi fresh dan wangi.

2. Sugar scrub, jojoba, essential oils dan mineral color pink. Memang bagus untuk unclog pores. Khas untuk jadikan kulit lembut dan licin.

3. Susu kambing organik. Yang ni food grade. Boleh makan punya dan harum sangat. So milky rich. Terasa macam ratu victoria. Siap ada campuran oat yang di blend. Macam kulit baby nanti lepas guna. Serius!

4. Salt scrub yang dicampur mineral color purple. Dititis dengan essential oil (lavender rose geranium).  Bagi effect natural glow dan bagus untuk rawat jerawat badan.



Garam Himalaya ini diambil dari pergunungan Himalaya yang bebas pencemaran dan warnanya pink.Warna pink ini adalah kerana banyak mineral dalam garam Himalaya yang bagus untuk kesihatan. Garam Himalaya adalah garam yang paling murni dan bersih dari segala jenis garam.Bebas kimia dan natural. Juga dikenali sebagai 'white gold'.

Garam ini juga elok untuk :-

+ merendam kaki 
+ merendam seluruh tubuh di dalam bath tab
+ untuk detox racun dalam tubuh dan membiarkan kulit menyerap semua mineral yang terkandung dalam garam Himalaya ini. 

Badan akan terasa lebih bertenaga, nyaman, otot menjadi relak dan segar, kerana tubuh telah menyerap mineral yang terkandung dalam garam Himalaya (ada 80 lebih mineral yang terkandung dalam Himalaya yang bagus untuk kesihatan). 

Kesan lain yang dirasakan adalah kulit jadi halus dan lembut.




MINYAK JOJOBA

Minyak jojoba merupakan produk dari tanaman jojoba yang banyak tumbuh di benua Amerika, terutama Amerika Syarikat barat daya, Mexico dan Amerika Selatan. Selain itu, tanaman jojoba juga dapat ditemui di Australia. Minyak ini banyak digunakan oleh penduduk Amerika sebagai bahan kecantikan sejak dulu.

KHASIAT MINYAK JOJOBA UNTUK KULIT

Minyak jojoba dikenali sebagai moisturizer atau pelembab semulajadi kerana sifatnya yang mampu menyerap ke dalam kulit. Sifatnya yang sangat mirip dengan minyak yang dikeluarkan oleh kulit manusia, minyak ini mampu mengurangkan risiko kulit kering secara efektif. Hasilnya, kulit lebih lembut dan lembab

KEBAIKAN SCRUB

• menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
• Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
• Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
• Mengurangkan tekanan & keletihan.
• Mengekalkan tenaga.
• Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
• Memperbaiki tekstur kulit.
• Mengurangkan dehidrasi


GULA PASIR

Butiran gula yang tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, dengan tambahan cairan tertentu akan membuatnya menjadi halus. Butiran tersebut dapat membersihkan kulit tanpa menyebabkan iritasi. Beza dengan scrub garam yang selalu meninggalkan ruam merah-merah,  gula lebih mesra kulit. Kulit akan menjadi bersih dan halus.  Sebab tu gula pasir sangat sesuai untuk dijadikan scrub.




KHASIAT SUSU KAMBING

Melembutkan dan melembabkan kulit. Kandungan PH yang sama dengan kulit kita, membuatkan susu kambing sangat bermanfaat untuk kulit kita terutama untuk melembabkan kulit.

Kandungan mineral dan vitamin yang terkandung dalam susu kambing seperti protein, lemak, zat besi, vitamin C, vitamin B dan vitamin A yang tinggi mampu membuat kulit jadi lebih lembut.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen